Kos nak buat Tahlil tak kurang daripada RM5000. Takkan nak jemput adik beradik sahaja? Apa kata jiran-jiran sekampung nanti.
Nak buat majlis Tahlil setiap minggu akan mengambil kos RM20k sebulan.
Duduk jauh dari kampung. Nak balik setiap minggu akan pasti membebankan. Minyak dah la mahal.
Paling susah nak kumpul adik beradik lain balik bersama dan berkumpul untuk buat Tahlil.
Tak tahu macamana nak kendalikan majlis Tahlil. Selama ni bergantung pada orang tua di kampung. Dah la jarang-jarang ke masjid berjemaah.
Malu nya nak mengadap Imam masjid untuk minta tolong nak buat majlis Tahlil.
Permintaan Ibu dan Ayah masih belum tertunai. Perasaan kuat untuk berbakti pada mereka yang telah pergi tapi tak tahu di mana nak bermula.
Apa yang mampu kita lakukan sebagai anak?
Apa sumbangan paling mudah kita mampu lakukan pada insan yang paling kita sayang?
Seringkali lidah kita ucapkan “rindunya pada arwah” tapi tiada apa-apa tindakan yang dilakukan.
Di sinilah para ulama menyatakan bahawa di saat kita rindu kepada arwah, kepada orang yang telah pergi meninggalkan kita, berbuatlah amal kebajikan. Samada kita infak, sedekah atau wakaf dan jangan lupa amal kebajikan tersebut diniatkan atas nama mereka.
Pergolakan antara cucu dan nenek/atuk berlaku dan amat susah untuk diselesaikan.
Ibu dan Bapa terperangkap ditengah-tengah konflik. Ditelan mati anak, diluah mati bapa.
Banyak masalah berlaku dalam dan luar. Anak tidak menghormati orang tua dan prestasi kerja menurun.
Harus, dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Boleh rujuk keratan akbar.
“Antara garis panduan itu adalah tidak menetapkan harga tertentu untuk nama-nama arwah, sumbangan atau sedekah harus digunakan untuk program bermanfaat”
@ Laman Facebook rasmi
Mufti Wilayah Persekutuan
Lebih menarik, program didoakan dan diaminkan oleh anak-anak Tahfiz, anak-anak kecil yang tiada dosa dan hidupnya 100% belajar Al-Quran setiap hari.
Seorang ibu mampu membesarkan 5 orang anaknya secara bersendirian tanpa sedikit pun keluhan, meskipun terpaksa mengetuk pintu jiran dari setiap rumah ke setiap rumah. Begitulah kepayahan hidup yang harus dihadapi oleh Puan Ros demi memastikan dapat memberi yang terbaik untuk anaknya melalui hasil mengambil upah menggosok & melipat pakaian. Alhamdulillah hasil daripada penyertaan dalam program #MyTahlil telah disampaikan kepada Puan Ros.
Diharapkan dengan sedikit perkongsian #MyRaudahCare ini dapatlah menampung sedikit bebanan yang ditanggung oleh ibu tunggal ini.
Hati seolah tersentak seketika. Manakan tidaknya, insan yang diuji dengan masalah kelainan upaya ini, masih lagi kuat mencari rezeki demi keluarga tercinta, walaupun ada masanya terpaksa memungut sampah. Prinsip hidupnya yang tidak mahu menagih simpati dan meminta-minta bantuan orang ramai, membuatkan team #MyRaudahCare tidak dapat menahan sebak lagi. Begitulah hebatnya insan yang Bernama Nor Azam ini dalam menyara isterinya yang buta penglihatan , seorang anaknya yang cacat intelektual dan 2 orang anak lagi. Diharapkan dengan sedikit perkongsian hasil daripada program #MyTahlil ini, dapatlah membantu meringankan sedikit bebanan yang dialami oleh En Azam sekeluarga.
Diharapkan dengan sedikit perkongsian #MyRaudahCare ini dapatlah menampung sedikit bebanan yang ditanggung oleh En Azam.
Subhanallah, sungguh tidak mampu terbayang bagaimana cekalnya kedua ibu bapa adik Ashikin yang sanggup berhenti kerja demi memastikan dapat melaksanakan amanah Allah ini dengan sebaiknya. . Mungkin pada riak wajah mereka kelihatan tenang dan mampu tersenyum tatkala menceritakan akan setiap gelagat adik Ashikin, namun jauh dari sudut hati kecil mereka, menangis mengenangkan nasib yang menimpa keluarga kecil mereka. . Terima kasih atas setiap nilaian RM1 yang Tuan/Puan kongsikan dalam Program Malam Munajat Yassin Dan Tahlil. Setiap nilaian yang Tuan/Puan berikan akan membantu melancarkan kempen #MyRaudahCare bagi menyantuni seramai mungkin mereka yang memerlukan seperti adik Ashikin
Diharapkan dengan sedikit perkongsian #MyRaudahCare ini dapatlah menampung sedikit bebanan yang ditanggung oleh adik Ashikin.
Suasana sunyi seketika tatkala mendengar esakan seperti orang menangis semakin lama semakin kuat. Tanpa disangka ayat “Mamat jangan lupa tarik kami masuk Syurga tau nanti” telah meruntun jiwa anak Syurga ini seolah terbayang-terbayang akan indahnya Syurga. Sungguh beruntung siapa yang menyantuni & menjaga anak Syurga ini. Bayangkan dengan nilaian RM 1 yang kita berikan dalam Program Malam Munajat Yassin Dan Tahlil, dapat membantu insan seperti Mamat & mereka yang senasib dengannya Klik link di bawah untuk menjayakan kempen #MyRaudahCare & Selitkan Penama Arwah Untuk Program Mingguan #MyTahlil
Diharapkan dengan sedikit perkongsian #MyRaudahCare ini dapatlah menampung sedikit bebanan yang ditanggung oleh adik Mamat.
Hubungi kami jika anda mahu maklumat lebih lanjut berkenaan Program MyTahlil.
MyRaudah is proudly powered by WordPress