Beli Raudah Fabric Spray hari ini dan anda berpeluang menunaikan Umrah bersama kami. Sambil menghidupkan suasana dan haruman Raudah di rumah anda, setiap pembelian RM2 akan disalurkan kepada keluarga yang memerlukan dan asnaf setiap minggu.

Beli Dan Menang Umrah!!!

عَنْ أبِى هُرَيْرَة أنَّ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: إذَا مَاتَ الإنسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أووَلَ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

Maksudnya: “Apabila seorang manusia meninggal, maka putuslah amalnya kecuali tiga hal, sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”

(Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Isu dan cabaran semasa yang sering dianggap remeh oleh masyarakat hari ini

Kos nak buat Tahlil tak kurang daripada RM5000. Takkan nak jemput adik beradik sahaja? Apa kata jiran-jiran sekampung nanti.

Nak buat majlis Tahlil setiap minggu akan mengambil kos RM20k sebulan.

Duduk jauh dari kampung. Nak balik setiap minggu akan pasti membebankan. Minyak dah la mahal.

Paling susah nak kumpul adik beradik lain balik bersama dan berkumpul untuk buat Tahlil.

Tak tahu macamana nak kendalikan majlis Tahlil. Selama ni bergantung pada orang tua di kampung. Dah la jarang-jarang ke masjid berjemaah. 

Malu nya nak mengadap Imam masjid untuk minta tolong nak buat majlis Tahlil.

Permintaan Ibu dan Ayah masih belum tertunai. Perasaan kuat untuk berbakti pada mereka yang telah pergi tapi tak tahu di mana nak bermula.

Apa yang mampu kita lakukan sebagai anak?

Apa sumbangan paling mudah kita mampu lakukan pada insan yang paling kita sayang?

Seringkali lidah kita ucapkan “rindunya pada arwah” tapi tiada apa-apa tindakan yang dilakukan. 

 

Di sinilah para ulama menyatakan bahawa di saat kita rindu kepada arwah, kepada orang yang telah pergi meninggalkan kita, berbuatlah amal kebajikan. Samada kita infak, sedekah atau wakaf dan jangan lupa amal kebajikan tersebut diniatkan atas nama mereka.

Kesibukan sering kali menjadi alasan kita, sibuk dengan urusan duniawi tanpa habisnya.. bulan berganti bulan, masihkah kita tidak mahu merebut peluang untuk pahala diri sendiri & untuk arwah?

Jika isu ini tidak ditangani, ia boleh membawa kesan dan akibat yang buruk

Pergolakan antara cucu dan nenek/atuk berlaku dan amat susah untuk diselesaikan. 

Ibu dan Bapa terperangkap ditengah-tengah konflik. Ditelan mati anak, diluah mati bapa.

Banyak masalah berlaku dalam dan luar. Anak tidak menghormati orang tua dan prestasi kerja menurun.

Harus, dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Boleh rujuk keratan akbar.

“Antara garis panduan itu adalah tidak menetapkan harga tertentu untuk nama-nama arwah, sumbangan atau sedekah harus digunakan untuk program bermanfaat”

@ Laman Facebook rasmi
Mufti Wilayah Persekutuan

MyRaudah

TUNAIKAN HASRAT Ibu Dan Ayah !!!


TUNAIKAN HASRAT Insan tersayang !!!


Kami wujudkan platform online Tahlil pada April 2022 untuk membantu mereka diluar sana yang berdepan masalah dari segi kewangan, masa dan ilmu untuk berbuat amal dan bakti terkakhir kepada insan yang mereka sayangi.

Lebih menarik, program didoakan dan diaminkan oleh anak-anak Tahfiz, anak-anak kecil yang tiada dosa dan hidupnya 100% belajar Al-Quran setiap hari.

Let's Make Change Together.

Kegembiraan
dikongsi bersama.

Penyertaan anda adalah seikhlas hati. Hasil penyertaan anda di dalam Program MyTahlil akan kami salurkan setiap minggu kepada keluarga asnaf yang memerlukan bantuan makanan, kewangan dan perubatan melalui program MyRaudahCare.

0%

Bantuan Makanan

0%

Bantuan Kewangan

0%

Bantuan Perubatan

Antara keluarga asnaf yang menerima sumbangan MyRaudahCare hasil penyertaan anda.

KETABAHAN SEORANG IBU TUNGGAL DALAM MENYARA KELUARGA

Seorang ibu mampu membesarkan 5 orang anaknya secara bersendirian tanpa sedikit pun keluhan, meskipun terpaksa mengetuk pintu jiran dari setiap rumah ke setiap rumah. Begitulah kepayahan hidup yang harus dihadapi oleh Puan Ros demi memastikan dapat memberi yang terbaik untuk anaknya melalui hasil mengambil upah menggosok & melipat pakaian. Alhamdulillah hasil daripada penyertaan dalam program #MyTahlil telah disampaikan kepada Puan Ros.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian #MyRaudahCare ini dapatlah menampung sedikit bebanan yang ditanggung oleh ibu tunggal ini.

MANUSIA PERTAMA TIADA SENDI DI MALAYSIA

Hati seolah tersentak seketika. Manakan tidaknya, insan yang diuji dengan masalah kelainan upaya ini, masih lagi kuat mencari rezeki demi keluarga tercinta, walaupun ada masanya terpaksa memungut sampah. Prinsip hidupnya yang tidak mahu menagih simpati dan meminta-minta bantuan orang ramai, membuatkan team #MyRaudahCare tidak dapat menahan sebak lagi. Begitulah hebatnya insan yang Bernama Nor Azam ini dalam menyara isterinya yang buta penglihatan , seorang anaknya yang cacat intelektual dan 2 orang anak lagi. Diharapkan dengan sedikit perkongsian hasil daripada program #MyTahlil ini, dapatlah membantu meringankan sedikit bebanan yang dialami oleh En Azam sekeluarga.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian #MyRaudahCare ini dapatlah menampung sedikit bebanan yang ditanggung oleh En Azam.

19 TAHUN MENJAGA ANAK SYURGA

Subhanallah, sungguh tidak mampu terbayang bagaimana cekalnya kedua ibu bapa adik Ashikin yang sanggup berhenti kerja demi memastikan dapat melaksanakan amanah Allah ini dengan sebaiknya. . Mungkin pada riak wajah mereka kelihatan tenang dan mampu tersenyum tatkala menceritakan akan setiap gelagat adik Ashikin, namun jauh dari sudut hati kecil mereka, menangis mengenangkan nasib yang menimpa keluarga kecil mereka. . Terima kasih atas setiap nilaian RM1 yang Tuan/Puan kongsikan dalam Program Malam Munajat Yassin Dan Tahlil. Setiap nilaian yang Tuan/Puan berikan akan membantu melancarkan kempen #MyRaudahCare bagi menyantuni seramai mungkin mereka yang memerlukan seperti adik Ashikin

Diharapkan dengan sedikit perkongsian #MyRaudahCare ini dapatlah menampung sedikit bebanan yang ditanggung oleh adik Ashikin.

ANAK SYURGA !!! SAAT DISEBUT SYURGA TERUS MENGALIR AIR MATA

Suasana sunyi seketika tatkala mendengar esakan seperti orang menangis semakin lama semakin kuat. Tanpa disangka ayat “Mamat jangan lupa tarik kami masuk Syurga tau nanti” telah meruntun jiwa anak Syurga ini seolah terbayang-terbayang akan indahnya Syurga. Sungguh beruntung siapa yang menyantuni & menjaga anak Syurga ini. Bayangkan dengan nilaian RM 1 yang kita berikan dalam Program Malam Munajat Yassin Dan Tahlil, dapat membantu insan seperti Mamat & mereka yang senasib dengannya Klik link di bawah untuk menjayakan kempen #MyRaudahCare & Selitkan Penama Arwah Untuk Program Mingguan #MyTahlil

Diharapkan dengan sedikit perkongsian #MyRaudahCare ini dapatlah menampung sedikit bebanan yang ditanggung oleh adik Mamat.

Support KAMI

KAMI MENDENGAR CADANGAN ANDA

Hubungi kami jika anda mahu maklumat lebih lanjut berkenaan Program MyTahlil.